PRN Johor.

28 Jamadilakhir 1443H
Juma’at 10.30pm

*MASIH RELEVANKAH BN?*

1. BN memenangi kerusi terbanyak pada PRU14 tetapi gagal mentadbir negara kerana PKR, DAP, AMANAH & PPBM bergabung menafikan hak BN mentadbir negara berdasarkan bilangan kerusi ahli-ahli Parlimen.

Pakatan Harapan masih belum wujud ketika itu dan pendaftarannya diluluskan setelah gabungan parti-parti tersebut mentadbir negara.

2. BN memenangi tujuh (7) pilihanraya kecil (PRK) pasca PRU14 sehingga memaksa Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tan Sri Mahiaddin Md. Yassin mengkhianati (kerajaan) Pakatan Harapan.

Mahathir dan Mahiaddin berkonspirasi meletak jawatan kabinet dan menumbangkan (kerajaan) Pakatan Harapan kerana desakan dalaman, enggan menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR DS Anwar Ibrahim serta momentum sokongan rakyat yang semakin kuat kepada BN.

Momentum tersebut menimbulkan kebimbangan kepada Mahathir & Mahiaddin tentang kekalahan yang lebih teruk pada PRU15 jika PH terus mentadbir.

Keduanya memainkan peranan serampang dua mata di dalam dan di luar kerajaan, mendekati beberapa pimpinan parti-parti Melayu Islam serta memecahbelahkan mereka, demi penguasaan Mahathirisme dalam politik nasional.

3. BN memenangi pilihanraya negeri (PRN) Sabah dengan cemerlang meski pun ditikam dari belakang oleh sekutunya.

BN memenangi PRN Melaka dengan cemerlang dan mengenepikan komplot Mahathirisme di dalam UMNO dan Perikatan Nasional (PN).

Parti mesra BN (GPS) memenangi PRN Saarawak dengan sangat cemerlang memewaskan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mati kelemasan tanpa nisan.

4. Pasca PRU14 menyaksikan BN berjaya merampas beberapa negeri yang tewas pada PRU14 lalu.

Pasca PRU14 juga menyaksikan BN berjaya menjadi perdana menteri semula.

Masih relevankah BN pada PRN Johor nanti?

Atau kita bakal menyaksikan parti-parti saingan BN berkubur tanpa nisan sebagaimana beberapa siri PRK dan PRN lalu?

Biarlah rakyat yang menentukannya.

https://www.facebook.com/zamzuri.mt/posts/5445889642095058

Advertisement